“HARI
MESRA BUMI DAN BERSAMAMU NUR KASIH “
1.0
TUJUAN
Kertas
kerja ini bertujuan untuk mendapatkan kelulusan dan pertimbangan dari Ahli
Jawatan Kuasa Pentadbir Operasi(seminar
dan projek pelajar) bagi
mengadakan program anjuran
pelajar semester 4 Diploma in Management with Multimedia (AB103) bagi memenuhi
syarat kerja kursus mata pelajaran Khidmat Masyarakat 1 ( MPU 2412).
2.0
LATAR
BELAKANG
2.1 Program ini merupakan satu
usaha untuk memberi peluang kepada semua warga KPTM
Ipoh, khususnya pelajar untuk
menzahirkan penghayatan kemahiran insaniah
berbentuk kerja-kerja kebajikan
kepada pihak yang terbabit.
2.2 Program ini memberi pendedahan kepada pelajar dalam
mengaplikasikan pengetahuan, kemahiran dan nilai sivik di luar bilik kuliah.
Selain memberi sumbangan kepada masyrakat
dan negara dan ia bertujuan melahirkan warganegara yang patriotik,
prihatin dan bertanggungjawab terhadap masyarakat dan negara.
2.3 Program Khidmat Masyarakat juga dapat mempromosikan
Kolej Poly Tech MARA Ipoh kepada masyarakat luar khususnya kepada masyarakat di
tempat yang terpilih.
3.0 OBJEKTIF
3.1 Melengkapkan
komponen kerja kursus iaitu 100 % markah projek bagi kursus Khidmat Masyarakat
1 (MPU2412)Merancang, melaksana, memimpin program, bekerjasama dan mengambil
peranan secara aktif dalam kumpulan.
3.2 Memupuk
rasa keperihatinan dan mengeratkan hubungan silaturrahim antara pelajar KPTM Ipoh
dengan masyarakat luar khususnya kepada masyarakat di tempat yang terpilih.
3.3 Memberi
pendedahan dan kesedaran kepada pelajar
tentang tanggungjawab sosial terhadap masyarakat.
4.0 BUTIRAN PROGRAM
Berikut adalah butiran maklumat aktiviti yang akan berlangsung pada minggu khidmat masyarakat tersebut:
PROGRAM KESEDARAN ALAM HUTAN PAYA LAUT MATANG
Tarikh : 09 September 2017 (Sabtu)
Masa : 8.00 pagi – 3.00 Petang
Tempat : HutanPayaLautMatang, Kuala Sepetang, Taiping &Kamunting
Peserta: 1. Pensyarah KPTM Ipoh - Zaharah Bt Zainal Abidin
2. Pelajar KPTM Ipoh (19 orang)
-uptade by ANIS NADHIRAH
No comments:
Post a Comment