Multimedia




Ajk Multimedia:
1. Anis Nadhirah
2. Ainin Sofiya
3. Ain Najwa


MINGGU PERTAMA ( 27/7/2017)

Ajk multimedia telah berbincang dan membahagikan tugasan masing-masing seperti 

1: Membuka laman blog untuk Khidmat Masyarakt 0421 
2: Menghasilkan Design Baju 
3: Menghasilkan design Banner untuk program

Setelah selesai membahagi tugasan . Ajk multimedia melakukan tugas mereka untuk membuka
laman Blog 


(Ain Najwa)




MINGGU KETIGA (7/8/2017)



Hari ini perbincangan semula pemilihan tajaan dan aktiviti yang dijalankan .
-Anis Nadhirah bt Abdul Razak





MINGGU KEEMPAT (9/8/2017)





Pada hari Rabu bertarikh 9 Ogos 2017 , Miss Zaharah mengadakan perbincangan semula tentang proposal dan tajaan yang telah dibuat oleh Ahli-ahli tajaan dan Ajk yang lain . Perbincangan semula tentang tajaan baju , penghasilan design Banner dan Saguhati untuk Pengurus tempat yang akan diadakan Program Khidmat Masyarakat .

(Ain Najwa)



MINGGU KELAPAN (7/9/2017)







Kami telah berjumpa dengan kerani ADUN MANJOI untuk membincangkan dan memberikan tentatif program dan tajaan yang akan diberikan.  -Anis Nadhirah


MINGGU 8 (7/9/2017)




Pada hari yang sama, selepas berjumpa dengan ADUN MANJOI kami ke lokasi seterusnya di Mcd Meru dan untuk minta tajaan dan memberikan tentatif program kepada pengurus MCD Meru iaitu Miss Azliza. - (Anis Nadhirah bt Abdul Razak)



MINGGU KESEMBILAN (8/9/2017)



 Pada tarikh 8 september saya dan rakan-rakan telah ke Majlis Agama Perak untuk memohon tajaan , Proses pemohonan hanya mengambil masa yang singkat . Kami telah berurusan bersama pekerja yang mengurus tajaan kami iaitu Encik Shamil . Encik Shamil memberi keterangan tentang tajaan yang akan diberi dan telah bersetuju untuk memberi tajaan kepada khidmat Masyarakat KPTM

(AIN NAJWA)


Khamis 12/10/2017

Pada hari khamis Jam 3:30 petang kami telah berkumpul untuk membuat persiapan dan pembungkusan barang-barang untuk diberikan kepada anak-anak yatim pada hari Sabtu 13/10/2017 .Pelbagai barang telah diberi oleh sukarela , Kami sekelas telah berkumpul untuk menyediakan goodies bag yang berisi :
  • Air kotak
  • Roti
  • Botol Air plastik 
  • Bekas Tupperware & Gula-gula
  • Untuk Pelajar Tingkatan 3, 4 , 5 kami memberi brochure KPTM ipoh dan Pensil 
  • Yassin




Untuk barang-barang yang telah diberi oleh sukarela ialah :
  • Pakaian Terpakai
  • Gula paket
  • Susu tin
  • Biskut Paket
  • Biskut Tin
  • Berus Gigi
  • Ubat Gigi 
  • Sabun pakaian 
  • Beras
  • Kipas 

(AIN NAJWA)




SABTU (13/10/2017)



Pada hari Sabtu Jam 7:30 pagi pelajar DMM0421 berkumpul di KPTM ipoh sebelum menaiki bas untuk ke Rumah Anak Yatim Nur Kasih dan Hutan Paya Bakau di Taiping . Setelah kesemua pelajar sampai di kptm , Kami menaiki bas dan bergerak . Kami berhenti di R&R untuk sarapan pagi yang telah disedia oleh AJK makanan dan Meneruskan perjalanan . Perjalan dari ipoh ke taiping mengambil masa 1 jam 30 minit .




Pada jam 9 lebih kami telah sampai di destinasi pertama kami iaitu Rumah Anak-Anak yatim Nur Kasih . Pengagihan barang ke rumah anak yatim dilakukan bersama-sama . Ketibaan kami disambut mesra oleh anak-anak dan Juga pengetua rumah anak-anak yatim itu . 


Kami memberi sumbangan keperluan kepada anak-anak tersebut dan cendera hati sebagai buah tangan dari kami KPTM ipoh . Adik-adik Nur Kasih sangat gembira dengan buah tangan yang berisi Botol air, Yasin , Tupperware dan gula-gula . 


Miss Zaharah dan Salah seorang Rakan sekelas kami Azib Azri memberi sumbangan kepada pengetua dan penjaga Rumah Anak-anak Yatim . 1 gambar bersama-sama Anak-anak yatim dan sumbangan kami kepada mereka . 


Selepas selesai memberi sumbangan kami sempat berborak bersama adik-adik rumah Nur Kasih  , Semoga Berjaya Pada Masa hadapan ! Insya'allah AMIN . Jangan Lupa masuk KPTM IPOH



Pada Jam 12 lebih Kami tiba di Hutan Paya Laut Matang Taiping . Sementara menunggu tour guide kami mengambil gambar dan berjalan-jalan untuk menikmati pemandangan hutan di situ .


Setelah orang yang akan guide kami tiba , beliau meneruskan aktiviti dengan memberi taklimat terlebih dahulu sebelum mula meneruskan perjalanan di dalam hutan . Kasut boot telah diber kepada 11 orang pelajar untuk persediaan di dalam hutan . Sebelum ke dalam aktiviti di dalam Hutan Paya Bakau dimulakan , Beliau telah membawa kami ke Jeti dimana beliau memnerangkan jeni-jenis pokok paya bakau dan spesis binatang yang hidup di paya bakau . 


Perjalanan diteruskan ke dalam Hutan , kami berkumpul di pondok di dalam Hutan Paya Bakau untuk mendengar taklimat yang lebih lanjut dan Maklumat yang disampaikan . Penerangan yang disampaikan adalah tentang bagaimana Pokok Bakau hidup dan spesis burung apakah yang singgah di Hutan Paya bakau tersebut . Setelah habis mendengar maklumat yang lebih lanjut kami meneruskan perjalanan ke suatu sudut dimana kami diarah untuk mencari Benih Pokok Bakau . 10 pelajar turun ke bahagian bakau untuk mencari Benih . Lumpur yang dipijak sangat lembut dan boleh menenggelam kan kaki ke dalam . Tetapi pelajar-pelajar ini sangat hebat terutama sekali pelajar Perempuan . 


Setelah kumpulan pertama selesai , Saya dan ahli yang lain pula mencuba untuk mencari benih bakau , Kami juga cuba menangkap ketam kecil yang berada disitu . Kami telah mengumpul banyak benih bakau untuk disemai di tapak semaian . 




Seterusnya kami berjalan ke tapak semaian Benih bakau dan mencuba untuk menanam benih dan menyusunnya dan berniat untuk melihat pokok itu membesar suatu hari nanti . 


Ajk Makanan telah menyediakan makanan tengah hari iatitu Nasi Ayam dan teh Ais untuk menjamu selera . 


Untuk destinasi terakhir kami ke kilang arang untuk melihat pokok bakau diproses menjadi arang dan bagaimana arang dihasilkan . Setelah tamat sesi di Kilang Arang , Kami bersiap untuk pulang ke Ipoh . 


AKTIVITI KAMI BERJALAN DENGAN LANCAR ALHAMDULILLAH .


(Disedia oleh : AIN NAJWA BINTI MOHD TARMIZI)



12/10/2017

persiapan barang untuk anak yatim NurKasih , sebelum pergi kami buat persiapan barang seperti sumbangan goodies bag kepada anak yatim NurKasih


11/10/2017
baju kidmat masyarakat 



14/10/2017
aktiviti  khidmat masyarakat
 video km




Disediakan oleh : NURAININ SOFIYA BINTI SADINAH ABU BAKAR







No comments:

Post a Comment

Pemilihan Lokasi

Pada 26 Julai 2017 . Miss Zaharah telah memilih dan mengumum lokasi yang telah dibentang oleh setiap kumpulan . Dan Hutan Paya Laut Matang...