Assalammualaikum W.b.t.
Pada 26 Julai 2017(Rabu),
Saya
Abdul Halem dan Balqis telah dilantik sebagai ajk makanan didalam satu kumpulan
di dalam ahli jawatankuasa makanan.
Pada 5 ogos 2017 (Sabtu)
Kami
diberitahu bahawa kumpulan tajaan ingin bertolak ke Taiping untuk mencari
tajaan dan juga rumah anak yatim yang akan terlibat pada tarikh aktiviti yang
dijalankan kelak.Jadi kami ajk makanan tidak melepaskan peluang untuk
bersama-sama membantu kumpulan yang lain dan pada masa yang sama kami menggunakan
peluang itu untuk mencari tajaan makanan
Perbincangan tentang Makanan |
Bersama dengan ajk tajaan & aktiviti |
RESTORAN
IKAN BAKAR PARIT GABIS menjadi antara pilihan yang kami cari kerana
kedai
ini menyediakan makanan dengan harga yang sangat berpatutan.
.
Pelbagai Jenis Lauk |
Ikan Keli Bakar |
RESTORAN IKAN BAKAR PARIT GABIS bukan sahaja terkenal dengan ikan bakar,ianya juga
menarik perhatian kami kerana restoran ini menyediakan dan menghidangkan
pelbagai lauk pauk tradisional yang lazat lagi sihat berbanding makanan
yang mahal diluar sana.Dan pemilik kedai itu juga bersedia untuk menyediakan
makanan untuk semua ahli-ahli Khidmat Masyarakat yang terlibat
pada tarikh aktiviti
Khidmat Masyarakat tersebut dijalankan.
Update by-Halem&Balqis
Pada 13 oktober 2017 (Jumaat)
Pada sehari sebelum kami bertolak ke Taipng untuk memenuhi tugas kami disana. Saya (Balqis) telah mendapat panggilan dari gerai makan akan hal mereka tidak dapat menyediakan makanan tengahari untuk kamu atas kesulitan yang mereka alami. Jadi saya (Balqis) dan Halem terus hubungi gerai-gerai berdekatan lokasi yang kami akan pergi untuk tukar menu yang asal kepada nasi ayam.
Alhamdulillah semua selesai jua sebelum hari kami bertolak. Seperti tertera dibawah adalah harga makanan kami sepanjang aktiviti berjalan.
Makan Pagi - RM4x26
-Bihun goreng
-Air mineral
Makan Tengahari - RM6x26
-Nasi goreng ayam
-Tea O ais
Makan Petang - RM4x26
-Mee goreng
-Air mineral
Pada 14 oktober 2017 (Sabtu)
Makanan untuk pagi sebelum bergerak ke Taiping
(bihun goreng)
Balqis edarkan makanan
(nasi goreng ayam)
Makanan untuk waktu petang
(mee goreng)
Alhamdulilah semua kenyang dan segalanya berjalan dengan lancar pada hari ini. Terima kasih kepada gerai gerai yang membantu kami menyediakan makanan.
Update by-Balqis
No comments:
Post a Comment